Vaksinasi Covid-19 – Sunway Pyramid Convention Centre

Hujan rahmat pagi jumaat kul 8:00 pg on the way utk mendapatkan suntikan Covid-19 di Sunway Pyramid Convention Center, Petaling Jaya. Jgn lupa bawa IC, h/phone yg anda register utk suntikan Covid-19 melalui MySejahtera, memakai pelitup muka & bawa pen (utk isi borang). Bukan nya KKM kedekut pen, tapi ianya adalah satu medium, covid berjangkit.

Nak masuk ke Sunway Pyramid, pilih laluan yg sebelah kanan ke Convention Centre, terletak di Level CP3. Jika silap masuk laluan kiri, jgn risau, masih boleh ke convention centre tu. Berpusing² lah sket dlm pakir tu naik ke tingkat atas. Parking adalah FREE.

Ikut laluan sebelah KANAN ke convention centre ya.

Dah naik ramp ke tmpt pakir utama, ambil laluan kiri pula. Laluan ni terus ke hadapan entrance convention centre.

Ambil laluan sebelah KIRI pula utk terus ke hadapan entrance convention centre.

Dah sampai pun tmpt pakir Level CP3. Sebelah kiri (luar dr gmbar) adalah corridor menuju ke convention centre. Corridor ni adalah waiting area yg disediakan dgn kerusi utk penerima vaksin. Utk parking, pandu masuk kedalam lagi, ikut arahan pengawal.

Level CP3 bersebelahan entrance convention centre. Ramai pengawal yg menjaga laluan trafik.

Nilah tmpt exterior waiting area yg sebenarnya corridor sebelah pakir menghala pintu masuk utama ke dewan convention. Tmpt drop off utk kenderaan sebelah kanan ni aje. So, yg susah nak jalan atau guna wheelchair tak perlu risau.

Walaupun waiting area ni sebelah pakir aje, tiada sangat bau asap yg tidak menyenangkan. Berilah masa ±15 minit di sini sebelum di panggil utk proses suntikan. Tak berbahang atau panas ke tmpt ni? Jawapan nya ni ha. 😀

Dah mcm size kipas kapal terbang punya.

Ada satu couple belakang kami tiada temujanji cuba mendapatkan suntikan atas alasan mrk telah berusia (60-70’an) & belum menerima panggilan suntikan lagi. Malangnya, mrk tidak dapat di terima. Ialah, dose suntikan telah di agih pd penerima utk appointment hari berkenaan, jika diberi kpd mrk, ‘short’ lah bekalan nnt.

Mungkin ada satu exception, tp sy mungkin silap ya. Ada satu brother ni appointment dia kul 10 pagi tp dtg kul 8 pagi. Sy tak tau apa berlaku kemudian sbb kami telah di panggil masuk dewan utama. Bila sy selesai suntikan, kami berdua kuar dr dewan sama waktu.

Barisan kerusi di waiting area ni di bahagikan kpd lorong utk penerima vaksin mengikut masa appointment. Appointment MySejahtera yg ada pd h/phone akan di semak oleh pengawal.

Papan agihan kerusi mengikut lorong & waktu appointment.

Hah, penerima vaksin mengikut masa appointment sudah di panggil utk masuk dewan utama. Berbaris utk masuk dgn appointment suntikan MySejahtera disemak sekali lg oleh petugas security pd handphone kita. Jangan cuba nak kelentong ya. Mrk yg ada appointment di tmpt lain, TIDAK akan di terima masuk di tmpt suntikan yg lain. Misalan jika di PWTC, pergilah sana. Tak payahlah nak buat muka sedih, blur-blur atau merayu². Confirm tak dpt.

Hanya penerima vaksin dibenarkan masuk. Pengiring penerima vaksin TIDAK dibenarkan masuk. Kena tunggu di luar. And sorry, no kerusi for you. Bagaimana mrk yg memerlukan bantuan pengiring utk proses suntikan, saya kurang pasti. Maaf sangat. Tapi sy perhatikan, ramai appointed volunteers, maybe mrk ni yg bantu. Mungkin ini satu cara utk mencegah covid berjangkit juga.

Berbaris utk masuk dewan utama pintu kaca tu. Temujanji MySejahtera akan semak sekali lagi sini.

Sementara berbaris tu, jagalah jarak sosial, ok!

Nnt cite bersambung lagi utk proses dlm dewan utama pula. Badan tak berapa selesa pulak rasanya selepas suntikan vaksin covid-19 ni. 😟