Tag Archives: kembara london

Itinerary London utk Day-3

Panduan utk 1st timers ke London. (Part 3/3)
Attractions around Embankment, Trafalgar Square & Piccadilly Circus.

Tuju ke Embankment stn menaiki underground Circle/District/Northern/Bakerloo Line. Kuar stn yg menghadap river Thames toleh kiri.

Exit Embankment stn menghadap river Thames. Tangga tu naik ke Golden Jubilee bridges yg hujung belah kanan, way to London Eye.

1. Cleopatra’s Needle
Terletak di sbrg jln Victoria Embankment road (A3211) di tebing river Thames, terdapat Cleopatra’s Needle, satu obelisks structure yg berasal dari Mesir. Adik-beradik ‘needle’ ni, 2 antara nya terdpt bersblhan Masjid Biru di Istanbul. Satu² lesser known attraction yg kurang di kunjungi sbb location sblh jln raya sibuk. Considered as one of London’s Secret attraction.

Cleopatra’s Needle di tebing river Thames.

Ini adik-beradik Cleopatra’s needle di Istanbul pula, sblh Masjid Biru.

2. Victoria Embankment Gardens
Jln ke hadapan sket, sebelah kiri ada pagar msk ke Victoria Embankment Gardens. Taman kecil yg mententeramkan. Good utk rest sebentar. Musim spring, terdapat sizable patches of tulips & bunga² lain.

Mid April, tulips baru nak membesar di Victoria Embankment gardens.

Red tulips yg mula berkembang.

2.1 Kuar garden ni dari pagar sebelah dlm behadapan dgn exit lg satu stn tadi, belok kanan (Villier St) menuju ke Charing Cross train station di penghujung jln nnt. Charing Cross underground stn jg ada di dlm. Belok kiri (Strand) & jln terus ke Traflagar Square.

Villers St. Train stn Charring Cross sebelah kiri di simpang hadapan sana. Underground stn jg dlm bngn sama.

Bhgn hadapan bngn Charing Cross train stn. Mcm hotel frontage pun ia jg.

3. Trafalgar Square
Lg satu main attraction not to be missed di London. Trafalgar Sq adalah satu public space yg terdapat di situ, Lord Nelson’s Column dgn di bwh nya diapit 4 sculpture singa mcm logo HSBC tu. Terdpt jg 2 kolam air pancut & jg terletaknya National Gallery.

Nelson’s column di Trafalgar Square.

4. National Gallery
National Gallery adalah sebuah muzium seni location nya blkg pekarangan Trafalgar Square. Ia mengandungi koleksi² lukisan dari serata Europe. Admission to the collections is free.

Di blkg fountain ni, terletaknya National Gallery.

5. Admiralty Arch
Bertentangan dgn National Gallery seberang jln, terletak nya Admiralty Arch. Sebuah pintu gerbang landmark London, kini di transformed menjadi hotel.

Admiralty Arch. Perhatikan bendera 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 di atas & pertenggahan bgng kanan tu. Situ lah 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗶𝘀𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 di ting bawah.

5.1 Perhatikan ada bendera Malaysia di atas bumbung & pertenggahan bngn sblh kanan. Situ terletak opis Tourism Malaysia. Singgahlah & bersembang dgn staff² org kita. Pasti mrk teruja bila ‘org kampong’ dtg berkunjung beri salam & tanya khabar.

6. Britain’s smallest Police Station
Balai Polis terkecil di Britain (bkn England) terletak di penjuru hadapan kanan pekarangan Trafalgar Square jk kita menghadap National Gallery. Silap pandang, kita ingatkan itu adalah tembok. Ia boleh memuatkan dua banduan pada satu masa, walaupun tujuan utamanya waktu dulu adalah sebagai opis utk satu org pegawai polis. Balai ni tiada beroperasi lg & skang nmpk mcm cleaner simpan penyapu dlm tu.

Britain’s smallest Police Stn. Lg satu London’s secret.

6.1 Dari sebelah police stn ni, ikut Trafalgar Sq Rd (A400) ke hadapan lalu sblh bngn National Gallery hingga ke blkg bngn. Depan sket lg, msk lorong kiri Irving St, awak lalu di hadapan restaurant² & di hujung nnt, sampailah ke Leicester Square.

Ke kiri itulah Irving St yg akan menghala ke Leicester Square.

6.2. Leicester Square (🗣️ 𝗟𝗲𝘀-𝘁𝗲𝗿)
Leicester Sq ni tiada apa², taman yg kecil aje tp ada beberapa attractions yg berhampiran. Antara nya, Lego, M&M’s World, Chinatown & yg paling famous Piccadilly Circus. Mrk yg berumur, Lego x’perlu msk lah.

7. M&M’s World
M&M’s World London ialah candy store terbesar di dunia dgn keluasan 35,000 kaki persegi. Kedai ni khusus untuk coklat M&M dan barangan berkaitan, termasuk peralatan rumah dan pakaian. Everything M&M is here. Bawa budak² msk, parah wei.

Largest candy store in the world, M&M’s World, London.

Bermcm² warna M&M tu. Saja buat kita ambil bermcm warna, bila byr taulah nnt.

7.1 London Chinatown
Sebelah kiri M&M ialah Wardour St di mana terdapat London Chinatown ala² mcm Petaling St, di KL. Yg ni kita tak hairan lah, so look-see, look-see dari jauh aje.

London Chinatown di blkg M&M’s World. Tak seluas Petaling Street kita.

Swiss Court hadapan M&M’s World & Lego. ‘Cantonal Tree’ tu dihiasi dgn coat-of-arms (jata) 26 wilayah atau ‘canton’ di Switzerland.

8. Piccadilly Circus
Satu ’roundabout’ yg kecil di persimpangan lima jalan yang sibuk. Yg famous nya di sini adalah billboard berlampu neon dahulu, skang di gantikan dgn paparan video. Satu lg mercu tanda kota London not to be missed.

Piccadilly Circus yg sentiasa sibuk. Aik, London ada double decker 𝗛𝗶𝗷𝗮𝘂? Ya, route 38 (2017)

8.1 Piccadilly Circus underground stn
Tangga turun ke stn underground terletak di dataran roundabout tu. Boleh pulang mengguna Piccadilly atau Bakerloo Line.

Video billboard yg famous tu & Piccadilly underground stn di dataran Piccadilly. Sebelah tangga luar dari gmbr, terletak Lilywhites yg specialise brgn/pakaian sports.

Dari Part 1-3, kita telah cover four NEVER to be missed London landmarks ….. 𝗧𝗼𝘄𝗲𝗿 𝗕𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲, 𝗕𝗶𝗴 𝗕𝗲𝗻, 𝗧𝗿𝗮𝗳𝗮𝗹𝗴𝗮𝗿 𝗦𝗾𝘂𝗮𝗿𝗲 & 𝗣𝗶𝗰𝗰𝗮𝗱𝗶𝗹𝗹𝘆 𝗖𝗶𝗿𝗰𝘂𝘀. Tambah shopping di Oxford St & Harrods, kira the must-see, must-do dah acheived. So, a stay of 4-5 day minimum in London adalah wajip. No point rushing London!

Seperti biasa, plot your walking route di Google map. Info² ini adalah pengalaman sebelum Covid. Bnyk lg attractions (Buckingham Palace, dll) yg tidak di list kan, jk ada masa boleh you all gi kunjung jg.

Itinerary London utk Day-2

Panduan utk 1st timers ke London. (Part2/3)
8 attractions dari St Paul’s ke Big Ben.

Naik underground ‘Central Line‘ menuju St. Paul’s. Keluar stn underground u-turn kiri, dah nmpk bumbung St Paul’s cathedral. Msk pekarangan nya & kuar bhgn hadapan.

St Paul’s underground stn. Blkg tu dah nmpk bumbung St Paul’s cathedral. Perkarangan nya berpagar, tp ada pintu msk & kuar.

1. St. Paul’s cathedral
Antara satu² gereja besar Anglican dlm kota London. Gereja ini berusia lebih 1,400 tahun. Betul² dpn St. Paul’s nnt, menyeberang jln itu dan di penghujung nnt terdapat Millennium Bridge.

Bhgn hadapan St Paul’s cathedral. Menyeberang jln di situ.

2. Millennium Bridge
Millennium Bridge adalah jambatan utk pejalan kaki menyeberangi sungai Thames. Sambil berjln nnt, di sebelah kiri boleh kelihatan Tower Bridge, tp dah agak jauh & views terlindung oleh Southwark Bridge. Sebelah kanan pula, kelihatan Blackfriars Bridge. Sampai ke seberang, belok kiri ke Shakephere’s Globe.

Penghujung Millennium Bridge, bleh nmpk bngn Tate Modern.

Dari sbrg Millennium Bridge, nmpk pula St Paul’s cathedral.

3. Shakesphere’s Globe
Ini adalah panggung yg di bantu-bina oleh Williams Shakesphere. Beliau adalah seorg playwright, poet, dramatis & actor Inggeris yg amat tersohor. Pd 1977, panggung yg ada skrang ni, di bina semula berhampiran tapak asalnya, selepas ia roboh dgn ciri² banggunan dulu di kekalkan. Yg menggambil exam English Literature masa Form 5 (🙋🏼‍♂️) tmpt ni ada significant nya. Dari sini, patah balik ke Millennium Bridge & jln terus ke bngn Tate Modern sebelah kiri nnt.

Permandangan luar Shakesphere’s Globe.

4. Tate Modern
Tate Modern adalah sebuah modern Art Gallery. Msk percuma for most exhibitions, tp perlu tempah ticket utk time-slot lawatan. Sesetengah pamiran di sini terlalu modern, payah nak paham apa message yg tersirat. Di tingkat 10, Bangunan Blavatnik ada open air viewing platform menghadap river Thames. Ia nya juga free admission, x’perlu tiket tp perlu guna dedicated lift di tingkat 0. Pl chk viewing platform ni di buka atau tidak sblm berkunjung.
https://www.tate.org.uk/visit/tate-modern
https://www.tate.org.uk/visit/tate-modern/viewing-level

Entrance Tate Modern berhadapan river Thames. Di tebing sungai tu ada public performance bergilir² penyanyi yg amat berkaliber. Mrk ada jual CD mrk sdn.

One of the exhibits di Tate Modern. Art atau brg buangan? X’tau nak angguk paham atau nangis.

View of Millennium Bridge & seberang river Thames dari Ting 10, Bngn Blavatnik, Tate Modern. Tmpt ni, open air tiada cermin, jd ambil gmbr tiada reflection atau keperluan guna polariser semcm di Shard/Sky Grdn/London Eye.

4.1 Lavington Street bus stop (SQ)
Kuar dari hadapan bngn Tate Modern jln terus ke Southwark Street (A3200), kemudian ke kiri utk bus stop ‘SQ.’ Naik bas nombor 381/343 (oyster only) utk ke Waterloo Station/York Road & turun di bus stop ‘W‘ utk ke London Eye. (Jika anda ingin berjln ke London Eye ikut tebing river Thames, beri masa ±45min).

Lavington Street bus stop (SQ). Teliti kan sign ‘SQ’ atas tiang stop tu.

4.2 Waterloo Station/York Road bus stop (W)
Anda akan turun berdekatan Waterloo Train stn. Jln terus ke hadapan sehingga traffic light simpang tiga, sebelah kanan dah bleh nmpk London Eye. Waterloo underground stn ada di dlm train stn ni, side entrance dia opposite bus stop tadi blkg overhead bridge.

Lavington Street bus stop (SQ). Teliti kan sign ‘SQ’ atas tiang stop tu.

5. London Eye
Mcm ferris wheel kat ‘fun-fare’ M’sia dulu², hanya size dia ni gedabak lah. Harga tiket boleh tahan terencat jg. Di The Shard, paras views lebih tinggi, pemandangan line-of-sight lebih jauh & no time limit utk beredar. Samada nak views The Shard atau London Eye, sdn decide. Dari London Eye, dah nmpk Big Ben seberang river Thames.
https://www.londoneye.com/tickets-and…/general-tickets/

London Eye di lihat dari area berdekatan Waterloo train stn.

Deretan visitors menunggu giliran utk naik London Eye. Ni masa spring.

5.1 Big Ben secret photo spot.
Dari London Eye, jln tepi river Thames menuju Westminster bridge, laluan ke Big Ben. Lalu BAWAH jambatan tu, dan kuar seberang sana mcm terowong. Sini you akan nmpk Big Ben mcm dlm frame. Jika tiada org lalu-lalang, cepat² ambik shot, buzy laluan ni. Selesai, naik tangga selepas terowong ke street level utk ke Big Ben.

‘Framed’ view of Big Ben dari terowong jln kaki bawah Westminster Bridge. Sayang ada scaffoldings (2017).

6. Palace of Westminster (🗣️ west-min-stir)
Bgn sebelah Big Ben adalah Palace of Westminster juga di kenali sbg Houses of Parliament. Di sinilah tmpt bersidang nya Parliamen UK.

Palace of Westminster, Elizabeth Tower, Big Ben, Westminster Bridge & of-course river Thames.

Dari jambatan Westminster kelihatan London Eye.

7. Elizabeth Tower & Big Ben
Menara jam Big Ben adalah sebhgn dari Palace of Westminster. Menara yg terdapat Big Ben dikenali sbg Elizabeth Tower. Sepatutnya renovation kpd menara ni siap pd 2021, tp telah di anjak ke 2022. Jln terus melepasi Big Ben & traffic light di hadapan, sebelah kiri ada padang & seberang padang sana lokasi Westminster Abbey.

Big Ben dgn Elizabeth Tower bersebelahan Palace of Westminster (2015).

8. Westminster Abbey
Gereja Westminster Abbey ini telah menjadi tmpt pertabalan Raja² British sejak 1066, tmpt parkahwinan kerabat² di Raja dan jg tempat bersemadi nya 17 mendiang raja² mrk.

Sebhgn dari bngn Westminster Abbey.

Westminster underground stn
Seberang jln bertentangan Big Ben ialah Westminster undeground stn (Circle & District line). Bolehlah ambil underground sini utk pulang. Stn ni mcm futuristic sket, bnyk paip² besar kat dlm. Sdn tenggok arr.

Westminster underground stn bertentangan Big Ben.

Seperti biasa, plot your route di Google map. Info² di atas, adalah pengalaman sebelum Covid. Part 3 about attractions di Embankment, persekitaran Trafalgar Square & Piccadilly Circus.

Itinerary London utk Day-1

Panduan utk 1st timers ke London. (Part 1/3)
8 walking attractions sekeliling Tower Bridge.

Tuju ke Tower Hill underground stn menaiki Circle/District line. Kuar dari stn Tower Hill, dah nmpk Tower of London, satu historical castle. Guna terowong pejalan kaki utk melintas & di seberang sana, ke kanan utk Tower of London. (Yg mengguna DLR, turun di stn Tower Gateway bersebelahan stn underground Tower Hill. Juga bleh nmpk Tower of London bila turun escalator utk kuar. Belok kanan ke stn Tower Hill)

Tower Hill Underground Stn. Guna laluan terowong pejalan kaki utk melintas ke Tower of London sbrg jln tu.

Tower Gateway Stn (DLR) yg berdekatan (50m) dgn Tower Hill Underground Stn.

1. Tower of London
Takde tower tinggi, takde pencakar langit pun, hanya bgn lama Istana Diraja bersebelahan river Thames berdekatan Tower Bridge. Dari luar pun, dah boleh nmpk sbhgn pekarangan dlm istana tu. Yg berminat istana lama, boleh explore dgn dikenakan bayaran masuk.
https://www.hrp.org.uk/tower-of…/visit/tickets-and-prices

Pekarangan Tower of London dilihat dari luar. Pd tahun 1078, menara dlm tu yg tinggi nya 27m, dah kira tower.

2. St Katherine Docks Marina
Bkn lah satu ‘attraction’ tp di anggapkan sbg satu dpd ‘London’s Secret’. Ia adalah sebuah marina dgn kompleks perumahan betul² dlm kota London. Lokasinya di antara Tower of London & Tower Bridge. Alang² dah dekat, dari Tower of London jln terus ke kaki jambatan & lintas terowong pejalan kaki bawah nya. Seberang sana, jln terus antara Guoman Hotels & Tesco Express, dah blh nmpk bot² parking situ.

Laluan utk ke St Katherine Docks.

St Katherine Docks dgn suasana tak crowded & agak sunyi bersebelahan river Thames. Klau kuar umah, naik bot, kediaman have-have ni.

3. Tower Bridge
Jambatan ikonik London BUKAN London Bridge, tp ianya adalah TOWER BRIDGE. Perbetulkan fakta anda klau tersilap. Jika tak lawat jambatan ni, kira x’sempurna lawatan ke London. Nak naik ke street level jambatan ni dari St Katharine docks, patah balik menghala terowong yg anda lalui tadi & ambil tangga sebelah kiri utk naik ke atas.

Tower Bridge dgn sebahagian jln nya di naikan utk memberi laluan kpd kapal/bot. Di atas, antara menara tulah Glass walkway. Ada 2 walkway, kiri & kanan. Satu menghadap Canary Wharf & lagi satu, Southbanks. Dua² bleh lawat.

3.1 Tower Bridge Glass Walkway
Kita boleh naik ke atas menara Tower Bridge dgn lift utk menyeberangi ke-dua² titi antara menara jambatan ini. Lift terletak di menara jambatan tu. Titi di atas, berlantaikan gelas tahan pecah. Sambil berjalan, kita tengok kenderaan serta pengguna melintasi Tower Bridge di bawah. Jika ‘ngam’ dgn hari & masa, kita bleh tengok jambatan itu di naikan utk memberi laluan kpd kapal/bot menyelunsuri sg Thames. Di anggarkan ada 1,000 lintasan setahun, average 2~3 sehari. Tiket masuk x’terlalu mahal.
https://www.towerbridge.org.uk/your-visit/glass-floor
https://www.towerbridge.org.uk/lift-times

Lift di menara jambatan utk naik ke atas.

Pandangan bawah menurusi lantai gelas tahan pecah jambatan Tower Bridge.

3.2 Engine Room
Bilik engine terpisah dari bngn menara di penghujung jambatan pd ground level sblh kanan. Ada stairs tepi jambatan utk turun ke bawah. Entrance fees telah termasuk dlm tiket Tower Bridge Walkway. Di bilik inilah terletak engine yg menghasilkan wap utk menaikan jambatan ini dulu kala. Skang ia menggunakan kuasa elektrik.

Engine room jambatan Tower Bridge.

4. City Hall – Majlis Perbandaran London
Dari engine room, jln ke hadapan menuju bngn City Hall. Sbb bngn ini odd shaped mcm telur, mrk yg dah melawat area Tower Bridge akan recognise. Opis Datuk Bandar London, Sadiq Khan terletak di sini. Di khabarkan City Hall akan berpindah berdekatan London City Airport (LCY) utk cost savings x’lama lg. Bngn ni tak ikutlah Sadiq Khan pindah sama!

City Hall, London.

5. HMS Belfast
Hadapan lg di tebing river Thames, adalah bekas kapal perang Tentera Laut Diraja yg pernah di gunakan pd WW II. Sekarang di jadikan sebuah muzium terapung. Peminat kapal perang bleh masuk dgn bayaran.
https://www.iwm.org.uk/visits/hms-belfast

HMS Belfast, muzium terapung yg berlabuh di tebing Sg Thames.

6. Hay’s Galleria
Terus ke hadapan sebelah kiri, terletak mall kechil ni. Reka bentuk bumbung dia agak unik. Kita msk dari bhgn belakang (river Thames) & kuar ke hadapan utk ke London Bridge train station.

Hay’s Galleria, mall yg kecil aje.

6.1 London Bridge train stn
Dari hadapan Hay’s Galleria, menyeberang jln ke stn ni & jln dlm bngn ke penghujung kanan bangunan. Di hujung nnt belok kiri, msk mcm terowong (Joiner St) ke The Shard. Sblm penghujung terowong, sebelah kiri adalah entrance ke The View From The Shard. Masuk sini utk naik ke viewing platform di tingkat 69 & 72.

Ini adalah train stn London Bridge. Stn underground, kena msk dalam ke penhujung kanan, mcm terowong lama. Ada mall besar dlm stn ni.

7. The Shard
The Shard adalah bngn tertinggi di UK & yg ke-7 di Europe. Viewing platform dia adalah tarikan utama utk di kunjungi. Tiket yg agak mahal tp kita dpt pemandangan 360° kota London. Di tingkat 33, kita tukar lift utk ke tingak 69. Seterusnya, kita naik tangga ke tingkat yg teratas. Views waktu senja & mlm adalah superb. Jgn lupa ke bilik air dia yg tingkap bercermin floor to ceiling tanpa langsir menghadap river Thames utk menikmati views dr toilet pula. 😅
https://www.theviewfromtheshard.com/book-tickets/

The Shard, menara tertinggi di UK.

Permandangan Tower Bridge hingga ke Canary Wharf dari atas The Shard.

Views dari toilet The Shard. Dari ketinggian ni, x’perlu curtain.

8. London Bridge
Turun drpd menara Shard, belok kanan menghala jalan besar Tooley St (A200). Sblm sampai ke hadapan, kita lalu entrance stn underground London Bridge. Di dpn jln besar nnt, belok kiri & di hadapan lg ada simpang empat. Sini, ambil kanan & dah bleh nmpk jambatan ori London Bridge yg biasa² aje. Dari pertengahan London Bridge, boleh nmpk Tower Bridge. Menyeberang jambtan ini & di hadapan sebelah kanan terletak menara Monument to the great fire of London, serta stn underground Monument berdekatan.

London Bridge underground stn (Joiner St). Nun di blkg, laluan ke Tooley St, sampai sana belok kiri.

Ha, ni dia London Bridge ori yg sebenarnya.

The Monument. Berdekatan juga dgn stn underground Monument.

Sila plot laluan anda di Google map utk ke tmpt² yg di senaraikan. Anda bleh opt utk balik dari stn London Bridge ataupun Monument.

Next post, kita lawat walking attractions dari St Paul ke Big Ben.