Januari 2019
Penginapan kami, Hotel Thanh Long Tan adalah berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Teruk pulak nama hotel ni, tapi bilik dia OK, agak luas dan selesa serta bangunan ada lift. Lupa pula nak ambil gambar bilik superior double kami. Sesiapa yang minat nak menginap di hotel ni, pilih bilik yang sama category sebab bilik2 lain agak sempit dan tiada tingkap.

Hotel Thanh Long Tan. Credit:Google maps
Perhatikan lot kosong sebelah Thanh Truong hotel, itu building under construction. Piling dan foundation telah siap dan pembinaan tingkat demi tingkat under way. Jadi bising bunyi drilling, hammering, cutting, jentera, dsb tak dapat di elakkan. Bila complain, kami di tukarkan ke bilik yang lebih tinggi yang bunyi bising itu kurang sket. By the time you all baca post ni pada April 2019, kemungkinan construction hampir siap kut. Time kami ari tu, basement sudah siap, nak mula dengan ground floor.

Pandangan dari tingkap bilik kami, New World Saigon hotel.

Good morning Vietnam. Hadapan New World Saigon hotel, terdapat City Park.
Voltage di Vietnam sama dengan Malaysia, tapi mengguna plug 2-pin bulat atau leper. So, bawalah plug adapter yang sesuai. Cucuk, terus dah boleh guna. Waktu di Vietnam 1 jam lewat dari Malaysia. Penggunaan Ringgit Malaysia amat di alu-alukan, malah itulah yang di pinta pekedai. Kedai makanan Halal banyak di Malaysian Street, jadi jangan risau tentang makanan. Kedai2 ni buka pagi hingga ke malam. Harga mahal sketlah, tapi tidak keterlaluan.

Power socket 2-pin bulat/leper Vietnam. Voltage sama dengan Malaysia.
Malaysian Street
Pilihan hotel Thanh Long Tan kira cun, sebab berhampiran dengan Malaysian Street dan 240m ke pasar Ben Thanh. Dari hotel, belok ke Nguyen Ah Ninh street, jalan terus dan kita akan sampai ke pasar Ben Thanh. Berjalan kaki mengambil masa kurang 5 minit. Bila kita dengar orang kata ‘Malaysian Street’, ia bermaksud Nguyen Ah Ninh street lah tu. Camne boleh jadi Malaysian Street pun I tak tau. Pandai2 ada orang claim.

Nguyen Ah Ninh Street @ Malaysian Street tepi bangunan yang ada signboard Fujifilm tu. Permandangan dari hotel kami.
Malaysian Street pada pagi2 tiada apa special, tapi akan menjadi sesak waktu malam dengan adanya penjual2 di kaki lima. Sesetengah mereka bentang tikar dan jual. Tapi penjual2 ini bila pihak berkuasa datang, hi-hi, bye-bye. Siang hari kedai2 menjual keperluan Muslimah dan kedai2 lain menjalankan perniagaan seperti biasa. Jika menginap di beberapa hotel yang terdapat di Malaysian Street, ia akan memudahkan anda nak ke pasar Ben Thanh, kedai makanan Halal dan juga, pada waktu malam kuar aje hotel dah berada di night market Malaysian Street. Jika nak ambil city tour atau day tour, Bismillah Tours & Travel ada di situ.

Malaysian Street yang terdapat beberapa hotel , kedai makanan halal dan kedai menjual kain, tudung, bag Deuter, dll. Penhujung jalan, adalah pasar Ben Thanh
Pasar Ben Thanh
Dari Malaysian Street, kita akan masuk pintu utama (tengah) pasar Ben Thanh. Section sebelah kanan lah yang jadi tumpuan kerana gerai2 menjual pakaian terletak situ. Jika ke sebelah kiri, kita tempuh pasar kering dan penhujungnya, pasar basah di mana terdapat penjual ‘kerbau kaki pendek’ di situ. Jadi, you’ll find wet market, dry market & separuh dari bangunan pasar tu, gerai2 jual pakaian. Ada juga beberapa ATM machine bahagian dalam pintu masuk serta lokasi lain dalam bangunan. Jika perlu tukar duit, boleh buat demikian di antara dua kedai emas berhadapan pasar Ben Thanh.

Pintu utama pasar Ben Thanh.

Jom, kita menyeberang jalan masuk pasar Ben Thanh.

Permandangan bangunan2 moden Ho Chi Minh berhimpiran pasar Ben Thanh.
Dalam pasar Ben Thanh terdapat banyak gerai2 menjual pakaian dan juga kain, lace, bag, cenderahati, dsb. Konsep gerai2 ini serupa aked yang terdapat di Jalan Tuanku. Lorong antara gerai ini amat sempit. Bila berkumpul 4-5 orang, akan terjadi traffic jam di lorong itu. Amat tidak selesa untuk shopping di sini dengan anak2 kecil, apatah lagi takde air-cond. Pasar ni dibuka 7pg-7ptg dan seterusnya waktu malam, sesetangah gerai ini akan berniaga luar pekarangan pasar yang di kenali sebagai Ban Thanh night market.

Ini adalah laluan di tengah2 pasar Ben Than yang kira agak luas. Otherwise, lorong antara kedai2 amat sempit.

Gerai2 di tengah lebih kepada cenderahati.

Suasana bila lengang sket. No air-cond. Very humid & stuffy.

Buah-buahan yang di jual di dry market. Besar2 buah Vietnam ni dengan harga yang murah. Buah ciku besar penumbuk. Beli, jangan tak beli.

Groceries stall di dry market.

Pemandangan dari pasar Ben Thanh ke arah Malaysian Street. Kedua2 Mai Van & Ha Tam adalah kedai emas yang menyediakan khidmat penukaran duit. Credit:Goolgle
Malaysian Street & Ben Thanh Night Market
Nama pun dah Night Market, jadi memang suasana pasar malam lah, semacam di Malaysia. Di Malaysian Street penjual berniaga di kaki lima sepanjang jalan dan di pasar Ben Thanh, gerai mengelilingi bangunan pasar. Barangan yang di jual di Malaysian Street lebih ke pakaian Muslimah manakala di Ben Than berbagai jenis untuk semua pelancong. Kedua2 tempat ini, menerima Ringgit Malaysia.

Kedai makanan Halal di Malaysian Street. Haji Idris, Hajah Basiroh & Haji Osman.

Satu lagi kedai Halal, Hj Man Sour.

Peniaga bukan saja di kaki lima tapi atas jalan. Don’t worry, malam kenderaan tak boleh masuk.

Lambakan tudung di kaki lima.

Nak try kopi Halal Vietnam pun boleh. Tapi kami cari yang penjual lelaki berkopiah.
Kebanyakan penjual Vietnam, mereka ni kasar. Customer service hampeh berbanding dengan penjual di Siam atau Manila. Usik barang jualan mereka lebih2 dan tak beli, mau kena marah. Harga jualan sesetengah tak masuk akal, you kena nego ⅓ the price. Quality pun quality pasar malam walaupun ada yang menjual quality yang baik. My conclusion, di sini beli pakaian untuk guna harian ok lah, bila kita banding quality dia dengan di Malaysia, harga memang murah and we wonder why it’s expensive back home.
My Bad Experience
Di Ben Thanh night market, kami masuk satu gerai ni yang di jaga seorang wanita dalam lewat 40an. Saya tak usik baju dia hanya tunjuk dan tanya harga T-shirt Polo. Bila dia kata RM35, saya buat muka teperanjat. Terus dia marah dalam bahasa dia sambil menolak bahu kiri saya dengan kuat. Eh, terasa jugalah tolakan minah tu. Marah konon kita tak mampu atau kita nak minta kurang. Walhal gerai lain, belum tawar pun dah bagi RM25. BIADAP & KURANG AJAR. Totally rude & no manners.
Sepatutnya saya berlakon sakit dada dan collaspe baru dia panik kut. Padanlah gerai dia tiada orang masuk. So you guys & gals terutama Pakcik & Makcik, AWAS ya. It can happen to you. Tapi yang pelik, dengan Mat Saleh ramah pula layanan mereka. Penjual2 ni dah cam muka orang2 Malaysia dan pandang rendah pada kita. Walaubagaimana, ada segelintir yang melayan dengan baik. Visit Vietnam again? Maybe NOT Ho Chi Minh.

Gerai2 pasar malam Ben Than.

Sebahagian lagi gerai2 di pasar malam Ben Thanh.
Anyway, Ben Thanh atau Malayaian Street bukanlah tempat untuk memborong. Wife & adik2 nya pergi direct ke premis importer kain yang teletak 45 minit perjalanan dari hotel. Di sana mereka membeli secara borong pada harga wholesale. One of my SIL ni ada gerai menjual pakaian Muslimah. Dia punya purchases terbeliak mata kami sehingga penghantaran pulang kena guna khidmat shipping agent. Maklumlah, orang meniaga. Hanya tudung2, dia tompang baggage limit kami, itu pun penuh satu bag baru!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Antara tudung2 terkini.