Januari 2019
Lawatan ke HCM di selitkan dengan 2D1N ke Dalat, bandar peranginan tanah tinggi 300+ km dari HCM. Kami mengambil Grab ke office tour agent yang tidak jauh dari hotel. Agent kemudian menghantar kami ke stesen bas express untuk ke Dalat. Perjalanan menggunakan ‘sleeping bus’ bermula jam 9 pagi dan perjalanan mengambil masa 7+ jam. Kami menaiki bus express awam tanpa di temani tour agent. Visit ke Dalat ini, adalah pakej yang di beli oleh SIL yang akan cover attractions di sana termasuk penginapan satu malam.

Ticket office untuk bas ke Dalat dan mungkin ke beberapa tempat lain.
Di stesen bas HCM, barulah tour agent belikan tiket bas kami ke Dalat. Harga tiket bas sudah termasuk dalam harga pakej. Mereka yang berbadan besar, uzur atau umur dah banyak, make sure pilih seat bawah, tak perlulah nak panjat2. Dari stesen bas, kami naik pula van untuk ke bas kami yang parking tepi jalan tidak berapa jauh dari ticket office untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Stesen bas dan tempat beli tiket. Ala2 tahun 60an di Malaysia.

Tu dia, tiket bas 4 orang dewasa yang amat simple. Tempat duduk bahagian bawah 12A,13A,14A,15A.
Ok, ini dia air-conditioned sleeping bus Vietnam. Well maintained dan dalam keadaan bersih. Ada 3 rows and each has a lower and upper adjustable reclining seats. Kaki boleh lunjur ke hadapan tanpa sekatan. Safety belt di sediakan serta selimut dan 1 bottle air FOC. Sebelum naik, penumpang wajib tanggalkan kasut dan bag plastik di sediakan untuk kasut kita. Jadi kita naik bas berstokin atau kaki ayam. Luckily tiada bau yang tidak menyenangkan dalam bas sepanjang perjalanan. Tempat untuk simpan bag adalah bawah bas dan hampir tiada ruang atas bas. Bas ini adalah NO SMOKING.

3 barisan single seat atas & bawah.

Pandangan seat paras bawah (lantai) & atas.
Dalam perjalanan, bas akan berhenti rehat 30-45 minit sekali sahaja. Dalam bas tiada toilet jadi ambil kesempatan ini untuk toilet-break. Rest-stop bas ini ada kedai makan, tapi tiada yang halal. Gerai buah2an ada di stop ni jadi bolehlah beli untuk alas perut atau makan bekalan sendiri yang di bawa.

Perhatikan bakul hijau & biru tu. Ada slipper dalam bakul. Di rest-stop, kita guna slipper yang disediakan bila turun. Bila naik bas semula, tinggalkan slipper dalam bakul tu.

Kedai makan di rest-stop macam ‘tuck-shop’ di sekolah dulu2. No halal food. Ada gerai jual buah2an yang siap di potong.

Toilet yang sungguh primitive tapi BERSIH.

Stesen bas di Dalat.
Setiba di stesen bas Dalat dalam kul 4 petang, kami di sambut pihak tour agent yang kemudian menghantar kami dan yang lain2 ke hotel masing2 dengan van. Kami terdiri dari group2 yang berasingan mengambil tour package dari HCM. Perjalanan van ke hotel mengambil masa 30 minit kerana stesen bas di pinggir pekan. Hotel kami Hoang Gia, berdekatan dengan pekan Dalat. Sampai ke hotel, kami berehat seketika and rest of the day is Free & Easy. Lawatan ke attractions bermula esok.

Tasik Ho Xuan Hương di pekan Dalat.

Hotel kami di Dalat.

Lobby hotel.

Bilik double kami yang luas.
Time kami pergi bulan Januari, suhu siang hari panas dan lewat petang suhu mula dingin. Light jacket memadai waktu petang dan malam jika kuar bersiar. Untuk makan malam, kami mengambil Grab ke restoran halal Kampung Pandan terletak 3.5km dari hotel. Kami order nasi putih, Tom Yam campur, sayur goreng, telur, dsb. Honestly, Tom Yam tu rasa ‘flat’ tapi yang lain2 OK aje lah. Average RM20 makanan halal sorang di luar negara, kira murah tu. Harap mereka boleh tingkatkan rasa masakan mereka agar lebih menyelerakan.

Restoran halal Kampung Pandan, Dalat.

Ruang makan restoran agak luas. Ada satu bas besar group Malayisa sedang makan.

Kami order Tom Yam campur.

Order juga telur dan sayur goreng.

Bill untuk 4 dewasa makan, hampir RM80
Selepas makan malam, kami pulang ke pekan dan berhenti di Dalat night market berhampiran hotel kami. Pasar malam ni semacam terdapat di Malaysia jugalah. Kebanyakan di sini menjual pakaian sejuk. Sengal siapa yang beli untuk pakai kat Malaysia. Makanan juga banyak di jual tapi tiada yang halal. Berhampiran night market ni, banyak hotel2 yang nampak ‘standard’ juga lah. Hotel kami kebelakang lagi dari sini. Kami hanya ronda kawasan ini tanpa membeli apa2 dan berjalan pulang ke hotel. Bilik hotel ada hot shower, no heater and no air-cond, tapi suhu dingin just nice untuk tidur berselimut.

Night market dengan hotel2 berhampiran.

Gerai2 tepi jalan di Dalat night market.

Spanish Steps versi Dalat.

Antara kedai yang menjual sayur dan buah2an yang segar.