Itinerary London utk Day-1

Panduan utk 1st timers ke London. (Part 1/3)
8 walking attractions sekeliling Tower Bridge.

Tuju ke Tower Hill underground stn menaiki Circle/District line. Kuar dari stn Tower Hill, dah nmpk Tower of London, satu historical castle. Guna terowong pejalan kaki utk melintas & di seberang sana, ke kanan utk Tower of London. (Yg mengguna DLR, turun di stn Tower Gateway bersebelahan stn underground Tower Hill. Juga bleh nmpk Tower of London bila turun escalator utk kuar. Belok kanan ke stn Tower Hill)

Tower Hill Underground Stn. Guna laluan terowong pejalan kaki utk melintas ke Tower of London sbrg jln tu.

Tower Gateway Stn (DLR) yg berdekatan (50m) dgn Tower Hill Underground Stn.

1. Tower of London
Takde tower tinggi, takde pencakar langit pun, hanya bgn lama Istana Diraja bersebelahan river Thames berdekatan Tower Bridge. Dari luar pun, dah boleh nmpk sbhgn pekarangan dlm istana tu. Yg berminat istana lama, boleh explore dgn dikenakan bayaran masuk.
https://www.hrp.org.uk/tower-of…/visit/tickets-and-prices

Pekarangan Tower of London dilihat dari luar. Pd tahun 1078, menara dlm tu yg tinggi nya 27m, dah kira tower.

2. St Katherine Docks Marina
Bkn lah satu ‘attraction’ tp di anggapkan sbg satu dpd ‘London’s Secret’. Ia adalah sebuah marina dgn kompleks perumahan betul² dlm kota London. Lokasinya di antara Tower of London & Tower Bridge. Alang² dah dekat, dari Tower of London jln terus ke kaki jambatan & lintas terowong pejalan kaki bawah nya. Seberang sana, jln terus antara Guoman Hotels & Tesco Express, dah blh nmpk bot² parking situ.

Laluan utk ke St Katherine Docks.

St Katherine Docks dgn suasana tak crowded & agak sunyi bersebelahan river Thames. Klau kuar umah, naik bot, kediaman have-have ni.

3. Tower Bridge
Jambatan ikonik London BUKAN London Bridge, tp ianya adalah TOWER BRIDGE. Perbetulkan fakta anda klau tersilap. Jika tak lawat jambatan ni, kira x’sempurna lawatan ke London. Nak naik ke street level jambatan ni dari St Katharine docks, patah balik menghala terowong yg anda lalui tadi & ambil tangga sebelah kiri utk naik ke atas.

Tower Bridge dgn sebahagian jln nya di naikan utk memberi laluan kpd kapal/bot. Di atas, antara menara tulah Glass walkway. Ada 2 walkway, kiri & kanan. Satu menghadap Canary Wharf & lagi satu, Southbanks. Dua² bleh lawat.

3.1 Tower Bridge Glass Walkway
Kita boleh naik ke atas menara Tower Bridge dgn lift utk menyeberangi ke-dua² titi antara menara jambatan ini. Lift terletak di menara jambatan tu. Titi di atas, berlantaikan gelas tahan pecah. Sambil berjalan, kita tengok kenderaan serta pengguna melintasi Tower Bridge di bawah. Jika ‘ngam’ dgn hari & masa, kita bleh tengok jambatan itu di naikan utk memberi laluan kpd kapal/bot menyelunsuri sg Thames. Di anggarkan ada 1,000 lintasan setahun, average 2~3 sehari. Tiket masuk x’terlalu mahal.
https://www.towerbridge.org.uk/your-visit/glass-floor
https://www.towerbridge.org.uk/lift-times

Lift di menara jambatan utk naik ke atas.

Pandangan bawah menurusi lantai gelas tahan pecah jambatan Tower Bridge.

3.2 Engine Room
Bilik engine terpisah dari bngn menara di penghujung jambatan pd ground level sblh kanan. Ada stairs tepi jambatan utk turun ke bawah. Entrance fees telah termasuk dlm tiket Tower Bridge Walkway. Di bilik inilah terletak engine yg menghasilkan wap utk menaikan jambatan ini dulu kala. Skang ia menggunakan kuasa elektrik.

Engine room jambatan Tower Bridge.

4. City Hall – Majlis Perbandaran London
Dari engine room, jln ke hadapan menuju bngn City Hall. Sbb bngn ini odd shaped mcm telur, mrk yg dah melawat area Tower Bridge akan recognise. Opis Datuk Bandar London, Sadiq Khan terletak di sini. Di khabarkan City Hall akan berpindah berdekatan London City Airport (LCY) utk cost savings x’lama lg. Bngn ni tak ikutlah Sadiq Khan pindah sama!

City Hall, London.

5. HMS Belfast
Hadapan lg di tebing river Thames, adalah bekas kapal perang Tentera Laut Diraja yg pernah di gunakan pd WW II. Sekarang di jadikan sebuah muzium terapung. Peminat kapal perang bleh masuk dgn bayaran.
https://www.iwm.org.uk/visits/hms-belfast

HMS Belfast, muzium terapung yg berlabuh di tebing Sg Thames.

6. Hay’s Galleria
Terus ke hadapan sebelah kiri, terletak mall kechil ni. Reka bentuk bumbung dia agak unik. Kita msk dari bhgn belakang (river Thames) & kuar ke hadapan utk ke London Bridge train station.

Hay’s Galleria, mall yg kecil aje.

6.1 London Bridge train stn
Dari hadapan Hay’s Galleria, menyeberang jln ke stn ni & jln dlm bngn ke penghujung kanan bangunan. Di hujung nnt belok kiri, msk mcm terowong (Joiner St) ke The Shard. Sblm penghujung terowong, sebelah kiri adalah entrance ke The View From The Shard. Masuk sini utk naik ke viewing platform di tingkat 69 & 72.

Ini adalah train stn London Bridge. Stn underground, kena msk dalam ke penhujung kanan, mcm terowong lama. Ada mall besar dlm stn ni.

7. The Shard
The Shard adalah bngn tertinggi di UK & yg ke-7 di Europe. Viewing platform dia adalah tarikan utama utk di kunjungi. Tiket yg agak mahal tp kita dpt pemandangan 360° kota London. Di tingkat 33, kita tukar lift utk ke tingak 69. Seterusnya, kita naik tangga ke tingkat yg teratas. Views waktu senja & mlm adalah superb. Jgn lupa ke bilik air dia yg tingkap bercermin floor to ceiling tanpa langsir menghadap river Thames utk menikmati views dr toilet pula. 😅
https://www.theviewfromtheshard.com/book-tickets/

The Shard, menara tertinggi di UK.

Permandangan Tower Bridge hingga ke Canary Wharf dari atas The Shard.

Views dari toilet The Shard. Dari ketinggian ni, x’perlu curtain.

8. London Bridge
Turun drpd menara Shard, belok kanan menghala jalan besar Tooley St (A200). Sblm sampai ke hadapan, kita lalu entrance stn underground London Bridge. Di dpn jln besar nnt, belok kiri & di hadapan lg ada simpang empat. Sini, ambil kanan & dah bleh nmpk jambatan ori London Bridge yg biasa² aje. Dari pertengahan London Bridge, boleh nmpk Tower Bridge. Menyeberang jambtan ini & di hadapan sebelah kanan terletak menara Monument to the great fire of London, serta stn underground Monument berdekatan.

London Bridge underground stn (Joiner St). Nun di blkg, laluan ke Tooley St, sampai sana belok kiri.

Ha, ni dia London Bridge ori yg sebenarnya.

The Monument. Berdekatan juga dgn stn underground Monument.

Sila plot laluan anda di Google map utk ke tmpt² yg di senaraikan. Anda bleh opt utk balik dari stn London Bridge ataupun Monument.

Next post, kita lawat walking attractions dari St Paul ke Big Ben.