Category Archives: Covid-19 Vaccination – Sunway Pyramid Convention Centre

Vaksinasi Covid-19 – Sunway Pyramid Convention Centre

Baik, sambung bahagian II. Dari tmpt menunggu di corridor sebelah pakir, dan setelah di semak  temujanji MySejahtera sekali lagi, baru kita di benarkan masuk ke dewan convention. Selepas masuk pintu kaca tu, scan MySejahtera dan proceed ke foyer dewan.

(Part I, blog post bab covid ni di SINI).

Pintu utama convention centre. Masuk & scan MySejahtera.

Ikut laluan tersedia, di hujung sana ada kakitangan menanya samada suntikan yg akan di ambil adalah pertama atau kedua. Anda akan di beri nombor giliran serta borong utk di isi sekira kali pertama. Jika kali kedua, hanya nombor giliran di beri.

Bagi suntikan kali pertama, anda perlu mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19. Isilah borang di counter menulis kat tiang² hitam tu. Kan awal² dah suruh bawa pen. KKM tak sediakan pen utk menghindar jangkitan covid. Bagi mrk yg kali ke-2, proceed terus ke ruang menunggu sebelah tiang tu mengikut arahan para pengawal. Ruang menunggu ni air-cond, so no sweat. Tak lama di sini. Penuh aje barisan, kita akan di panggil musuk ke dalam dewan utama & duduk di situ pula sehingga nombor giliran anda di panggil.

Ruang menunggu luar dewan utama.

Duduk di ruang utama dewan ni sehingga nombor giliran di panggil. Kemudian tujulah ke nombor meja yg tertera di screen besar kat depan tu yg di kaitkan dgn nombor giliran anda. Di meja² dpn tu nnt, serahkan IC anda & tunjuk temujanji MySejahtera di h/phone kpd yg bertugas. Mrk yg maklumat tak matching dgn system MySejahtera akan di REJECT di sini. Contoh: Sudah ada temujanji suntikan di PWTC, tapi datang ke Sunway, dan sebagai nya. Selesai urusan di sini, beredarlah ke ruang menunggu di belakang utk consultation dgn pegawai perubatan.

Perhatikan screen besar hadapan tu utk menentukan meja mana harus kita tuju.

Di tmpt menunggu utk consultation dgn pegawai perubatan, juga tidak lama menunggu. Apabila di panggil, kita akan di tanya prihal kesihatan kita. Sila beri butiran penyakit, ubatan yg sedang di ambil, alahan kpd apa² ubatan & sebagai nya sekira ada.

Tmpt menunggu utk konsultasi dgn pegawai perubatan.

Konsultasi dgn pewai perubatan.

Selesai konsultasi dgn pegawai perubatan & dia berpuas hati keadaan kesihatan kita memuaskan, barulah kita di arah utk mengambil suntik covid di booth² tertentu. Kita di pecahkan kpd group² yg kecil utk proses suntikan. Masa menanti utk mendapat suntikan juga tidak lama.

Suntikan yg diberi tidak menyakitkan. Biasa org kata injection tu mcm gigit semut, itu TIPU. Gigit semut lagi sakit. Mrk yg memberi suntikan ni, sy rasa dah EXPERT. Maklumlah, dah beribu org mrk suntik, mesti dah mahir. Belum sempat nak pandang jarum, tup² dah bubuh plaster tmpt injection. Sy diberi suntikan Pfizer.

Booth² suntikan yg berabjad A – Q.

Selesai suntikan, tunggu sebentar di ruang menunggu di hadapan utk kita di panggil atas urusan update MySejahtera. Bagi mrk yg kali pertama, tarikh dos ke-2 akan di maklumkan. Masa ni juga ada pegawai kesihatan menanya samada kita berasa selesa atau tidak selepas suntikan. Mrk akan beri tips apa perlu buat jika ada alahan yg mungkin di alami. Selesai urusan di sini, kita beredar ke ruang menunggu yg terakhir sebelum di benarkan pulang.

Nota: W/pun tarikh 2nd dose telah dimaklumkan, kita harus confirm tarikh appointment tu melalui MySejahtera yg akan di update 1-2 hari kemudian. Jadi rajin² check MySejahtera hari² ya! Jgn nnt datang utk 2nd dose dgn confident, tapi appointment tiada dlm system. Naya oo..

MySejahtera di update & tarikh 2nd dose di maklumkan. Pegawai kesihatan akan menanya samada kita OK ke tidak selepas suntikan.

Ruang menunggu terakhir ni ialah utk kita berehat 15-30 mint sebelum pulang. Mrk yg berkesihatan baik & tiada alahan boleh pulang selepas 15 minit. Jika sebelum suntikan pun kita sudah sedia ada alahan ubatan tertentu, kita diminta tunggu 30 minit. Tamat sudah proses pengambilan suntikan covid-19 di peringkat ini, samada 1st atau 2nd dose. Suntikan ke-2 bagi Pfizer adalah 21 hari kemudian.

Ruang menunggu sebelum pulang agar petugas dpt monitor tindak-balas suntikan kpd kita.

Risalah FREE parking di edarkan di sini. Anda perlu guna apps Sunway utk tujuan ini. Ramai staff Sunway hadir utk membantu.

Kakitangan Sunway berbaju ‘merah sedia membantu kita utk download apps utk menikmati FREE parking.

Selepas 15 atau 30 minit rehat & dah boleh pulang, stop-by lah di photo booth ambil gambar ‘I’m Vaccinated‘ utk kenangan. Nnt² bolehlah tunjuk kat cucu² camne penanggan Covid-19 kpd selurah dunia. Meja pharmacy sebelah kanan tu, menjual sanitizer agak murah @ RM19+ utk botol 500ml. Kedai ubat jual std RM25.

Photo booth utk mengabdikan memori Coovid-19.

The whole process dari masuk pintu utama convention centre hingga kita di benarkan pulang selepas rehat 30 minit, mengambil masa kurang 1 jam. Satu-satu sosial event kelolaan kerajaan yg sangat efficient. What else, it’s FREE for the rakyat. Masih ramai lagi yg tak nak gi vaccination. Nak tunggu kerajaan chrage RM200-300 baru kelam kabut nak pegi ke?

Dah complete 2nd dose, dapatlah kita Digital Certificate mengesahkan kita sudah di suntik. Eh, dah boleh travel overseas ke mcm ni?

Part I blog post bab covid ni di SINI.

Vaksinasi Covid-19 – Sunway Pyramid Convention Centre

Hujan rahmat pagi jumaat kul 8:00 pg on the way utk mendapatkan suntikan Covid-19 di Sunway Pyramid Convention Center, Petaling Jaya. Jgn lupa bawa IC, h/phone yg anda register utk suntikan Covid-19 melalui MySejahtera, memakai pelitup muka & bawa pen (utk isi borang). Bukan nya KKM kedekut pen, tapi ianya adalah satu medium, covid berjangkit.

Nak masuk ke Sunway Pyramid, pilih laluan yg sebelah kanan ke Convention Centre, terletak di Level CP3. Jika silap masuk laluan kiri, jgn risau, masih boleh ke convention centre tu. Berpusing² lah sket dlm pakir tu naik ke tingkat atas. Parking adalah FREE.

Ikut laluan sebelah KANAN ke convention centre ya.

Dah naik ramp ke tmpt pakir utama, ambil laluan kiri pula. Laluan ni terus ke hadapan entrance convention centre.

Ambil laluan sebelah KIRI pula utk terus ke hadapan entrance convention centre.

Dah sampai pun tmpt pakir Level CP3. Sebelah kiri (luar dr gmbar) adalah corridor menuju ke convention centre. Corridor ni adalah waiting area yg disediakan dgn kerusi utk penerima vaksin. Utk parking, pandu masuk kedalam lagi, ikut arahan pengawal.

Level CP3 bersebelahan entrance convention centre. Ramai pengawal yg menjaga laluan trafik.

Nilah tmpt exterior waiting area yg sebenarnya corridor sebelah pakir menghala pintu masuk utama ke dewan convention. Tmpt drop off utk kenderaan sebelah kanan ni aje. So, yg susah nak jalan atau guna wheelchair tak perlu risau.

Walaupun waiting area ni sebelah pakir aje, tiada sangat bau asap yg tidak menyenangkan. Berilah masa ±15 minit di sini sebelum di panggil utk proses suntikan. Tak berbahang atau panas ke tmpt ni? Jawapan nya ni ha. 😀

Dah mcm size kipas kapal terbang punya.

Ada satu couple belakang kami tiada temujanji cuba mendapatkan suntikan atas alasan mrk telah berusia (60-70’an) & belum menerima panggilan suntikan lagi. Malangnya, mrk tidak dapat di terima. Ialah, dose suntikan telah di agih pd penerima utk appointment hari berkenaan, jika diberi kpd mrk, ‘short’ lah bekalan nnt.

Mungkin ada satu exception, tp sy mungkin silap ya. Ada satu brother ni appointment dia kul 10 pagi tp dtg kul 8 pagi. Sy tak tau apa berlaku kemudian sbb kami telah di panggil masuk dewan utama. Bila sy selesai suntikan, kami berdua kuar dr dewan sama waktu.

Barisan kerusi di waiting area ni di bahagikan kpd lorong utk penerima vaksin mengikut masa appointment. Appointment MySejahtera yg ada pd h/phone akan di semak oleh pengawal.

Papan agihan kerusi mengikut lorong & waktu appointment.

Hah, penerima vaksin mengikut masa appointment sudah di panggil utk masuk dewan utama. Berbaris utk masuk dgn appointment suntikan MySejahtera disemak sekali lg oleh petugas security pd handphone kita. Jangan cuba nak kelentong ya. Mrk yg ada appointment di tmpt lain, TIDAK akan di terima masuk di tmpt suntikan yg lain. Misalan jika di PWTC, pergilah sana. Tak payahlah nak buat muka sedih, blur-blur atau merayu². Confirm tak dpt.

Hanya penerima vaksin dibenarkan masuk. Pengiring penerima vaksin TIDAK dibenarkan masuk. Kena tunggu di luar. And sorry, no kerusi for you. Bagaimana mrk yg memerlukan bantuan pengiring utk proses suntikan, saya kurang pasti. Maaf sangat. Tapi sy perhatikan, ramai appointed volunteers, maybe mrk ni yg bantu. Mungkin ini satu cara utk mencegah covid berjangkit juga.

Berbaris utk masuk dewan utama pintu kaca tu. Temujanji MySejahtera akan semak sekali lagi sini.

Sementara berbaris tu, jagalah jarak sosial, ok!

Nnt cite bersambung lagi utk proses dlm dewan utama pula. Badan tak berapa selesa pulak rasanya selepas suntikan vaksin covid-19 ni. 😟