Tag Archives: menarik di dalat

Attractions Di Dalat, Vietnam

Januari 2019
Alright, lawatan ke attractions di Dalat bermula kul 8:30 pagi dengan van pick-up oleh pihak tour agent dari hotel. Dalam van sudah ada beberapa pelancong lain yang akan join tour ini bersama kami, tapi menginap di hotel berasingan. Itineray ground package bagi attractions2 di Dalat adalah seperti berikut.

  • Bao Dai’s Summer Palace
  • St. Nicholas Cathedral
  • Van Hanh Pagoda
  • Dried Flowers Showroom
  • Datanla Waterfall
  • Truc Lam Meditation Monastery
  • Cable Car ride from Truc Lam to Robin Hill
  • Robin Hill

Memula ke Bao Dai’s Summer Palace berhampiran pekan Dalat. Ini adalah Istana Di Raja Vietnam. Ya, dulu Vietnam ada Raja tapi tiada lagi sekarang walaupun keluarga di Raja masih wujud dan tinggal di Perancis. Memandangkan iklim Dalat yang dingin, Istana untuk musim panas di bina sini. Istana ini lengkap dengan pejabat, bilik meeting, dsb dan ianya adalah sebuah ‘working palace’ masa dulu.

Bao Dai’s Summer Palace

Pemandangan dari luar Istana Bao Dai

Bao Dai’s Summer Palace

Sebahagian taman di Bao Dai’s Summer Palace.

Bao Dai’s Summer Palace

Taman yang nyaman dan relaxing di Bao Dai’s Summer Palace.

Bao Dai’s Summer Palace

Pejabat di Raja Istana Bao Dai.

Bao Dai’s Summer Palace

Bilik mesyuarat Istana Bao Dai

Bao Dai’s Summer Palace

Antara kamar tidur yang terdapat di Istana Bao Dai

Selepas melawat Bao Dai’s Summer Palace, kami berhenti seketika di sebuah gereja besar tepi jalan pekan Dalat. St. Nicholas Cathedral adalah sebuah ‘working cathedral’ dan yang terbesar di Dalat. Kami hanya bergambar di hadapan gereja ini.

St. Nicholas Cathedral, Dalat

St. Nicholas Cathedral.

Dari St Nicholas cathedral, kami di bawa pula melawat Van Hanh Golden Buddah pagoda. Tinggi patong ini ialah 24m dengan tangan kanan nya memeganag sekuntum bunga lotus. Ia di bina pada tahun 2002

Van Hanh golden Buddah pagoda, Dalat

Tak pasti lah patong ni di perbuat dari emas atau di salut emas atau di cat emas.

Van Hanh golden Buddah pagoda, Dalat

Patong sleeping Buddha di pekarangan temple.

Van Hanh golden Buddah pagoda, Dalat

Pintu masuk ke dalam temple.

Ok, next attraction Dried Flowers Showroom on the way balik dari Golden Pagoda. Tapi apa tour guide beritahu, visit flower garden. So, semua orang excited nak tengok bunga di taman. Betapa hampa keseluruhan van yang actually, showroom tu untuk bunga2 kering. Phuiii. Ada satu Vietnamese couple yang sudah berhijrah ke US, pun kecewa juga. 

Dried Flowers showroom, Dalat

Entrance ke Dried Flowers showroom yang di kendalikan oleh Dalat Flower Forest Biotechnology Corporation.

Dried Flowers showroom, Dalat

Showroom dried flowers agak luas tapi tak banyak dried flowers pun.

Dried Flowers showroom, Dalat

Pemandangan belakang bangunan showroom. Tak tau lah kalau bawah lembah tu ada taman bunga. Yang pasti, ada tasik.

Sejurus lunch (sendiri), kami bertolak ke Datanla Waterfall. Ia adalah sebuah air terjun 6km laur dari pekan Dalat. Honestly, waterfall ni nothing to shout about. Air terjun di negara kita lebih awesome dari ni. Yang menarik di sini, kami mencuba pertama kalinya menaiki sled yang mengelunsur mengikut rail. Landasan dari entrance hingga ke waterfall bawah bukit, jarak nya dalam 1km. Menaiki sled ini pergi & balik, di kenakan bayaran tambahan (VND60,000) yang tidak termasuk dalam harga pakej. This is about the best experience of our entire visit to Dalat!

Datanla Waterfall, Dalat

Ticket office dan entrance ke Datanla Waterfall.

Datanla Waterfall, Dalat

Tempat naik sled sejurus masuk entrance.

Datanla Waterfall, Dalat

Mengelunsur 1km dari atas ke waterfall di bawah. Senang aje control benda ni, ada brake.

Di Datanla ni ada juga aktiviti sukan air tapi kita pelancong bukan nak engage benda2 ni kan. Lagi pun, masa yang di beri di sini tak sampai 1 jam pun. Jika kita tidak menaiki sled, berjalan kaki ke waterfall mengabmbil masa 20 minit. Tapi nak naik balik mendaki bukit, mau 1 jam kut. So no choice, tak boleh jimat belanja, kena naik sled juga ke waterfall. Jika tidak, di tinggal van nanti.

Datanla Waterfall, Dalat

Dah kata dah, waterfall Datanla ni nothing much.

Datanla Waterfall, Dalat

Pandangan dari waterfall ke arah gerai2 di bawah. Tak banyak mendaki, tak tinggi mana pun air terjun ni.

Last attraction for the day adalah lawatan ke satu lagi temple, Truc Lam Monastery on the way balik ke Dalat dari Datanla Waterfall. Tak taulah apa ada dalam monastry ni sebab kami tak masuk. Selesai mereka yang masuk semua keluar, kami di beri option oleh tour guide jika hendak menaiki cable car berhampiran monastery ke Robin Hill atau balik hotel terus. Memandangkan kami kurang puas pada attractions2 yang telah kami lawati, ramai memilih naik cable car. Fees VND60,000 one-way tanggung sendiri ya. Van akan menanti kami di penghujung belah sana di Robin Hill.

Truc Lam Monastery

Pemandangan entrance ke Truc Lam Monastery dari parking lot.

Truc Lam Monastery to Robin Hill cable car

Self service cable car ride from Truc Lam Monastery station.

Truc Lam Monastery to Robin Hill cable car

Cable car ni tak seberapa tinggi lah, jadi tak gayat pun.

Truc Lam Monastery to Robin Hill cable car

Pemandangan pekan Dalat dari cable car.

Truc Lam Monastery to Robin Hill cable car

Dari station Robin Hill, overlooking pekan Dalat.

Selepas cable car ride, kami di hantar pulang ke hotel masing2 dalam kul 4:30 petang. Kami yang telah check-out awal pagi tadi menunggu van yang lain pada kul 6 untuk menghantar kami ke stesen bas Dalat untuk pulang ke HCM. Sementara itu, pihak hotel telah baik hati memberi guna satu bilik kosong untuk kami solat. Perjalanan pulang bermula kul 7 malam dan on the way, bas berhenti di rest-stop yang sama semalam. Kami tiba HCM hampir kul 1 pagi, pejalanan awal 1 jam mungkin kenderaan kurang waktu malam.

Jadi, apa kesimpulan kami tentang ground package ni?
Jika anda seorang yang baru mula travel dan baru cover 1-2 negara Asean, mungkin anda akan merasa puas melawat tempat2 yang di bawa. Kepada yang telah banyak cover negara Asean, anda mungkin merasakan tarikan2 ini lebih kurang sama yang terdapat di negara Asean lain malah dengan negara kita sendiri seperti pasar malam, gerai2 tepi jalan, hutan tebal, dsb.

Kepada yang telah merantau lebih jauh, your perception mungkin berlainan. For me, seperti telah saya nyatakan dari awal, saya hanya follower trip ini. Pada saya, tidak banyak tarikan yang awesome atau setaraf tarikan2 yang telah saya experience tempat lain. Anyway, it depends on one’s own interest and expectations. Perlu dinyatakan, ada lain2 attractions yang mungkin lebih menarik di Dalat ini kami tiada kesempatan cover kerana kesuntukan masa.