Category Archives: Ho Chi Minh

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh, HCM

Januari 2019
Penginapan kami, Hotel Thanh Long Tan adalah berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Teruk pulak nama hotel ni, tapi bilik dia OK, agak luas dan selesa serta bangunan ada lift. Lupa pula nak ambil gambar bilik superior double kami. Sesiapa yang minat nak menginap di hotel ni, pilih bilik yang sama category sebab bilik2 lain agak sempit dan tiada tingkap.

Thanh Long Tan hotel

Hotel Thanh Long Tan.                                                                                    Credit:Google maps   

Perhatikan lot kosong sebelah Thanh Truong hotel, itu building under construction. Piling dan foundation telah siap dan pembinaan tingkat demi tingkat under way. Jadi bising bunyi drilling, hammering, cutting, jentera, dsb tak dapat di elakkan. Bila complain, kami di tukarkan ke bilik yang lebih tinggi yang bunyi bising itu kurang sket. By the time you all baca post ni pada April 2019, kemungkinan construction hampir siap kut. Time kami ari tu, basement sudah siap, nak mula dengan ground floor.

New World Saigon hotel

Pandangan dari tingkap bilik kami, New World Saigon hotel.

City Park, Ben Thanh

Good morning Vietnam. Hadapan New World Saigon hotel, terdapat City Park.

Voltage di Vietnam sama dengan Malaysia, tapi mengguna plug 2-pin bulat atau leper. So, bawalah plug adapter yang sesuai. Cucuk, terus dah boleh guna. Waktu di Vietnam 1 jam lewat dari Malaysia. Penggunaan Ringgit Malaysia amat di alu-alukan, malah itulah yang di pinta pekedai. Kedai makanan Halal banyak di Malaysian Street, jadi jangan risau tentang makanan. Kedai2 ni buka pagi hingga ke malam. Harga mahal sketlah, tapi tidak keterlaluan.

Power socket Vietnam

Power socket 2-pin bulat/leper Vietnam. Voltage sama dengan Malaysia.

Malsaysian Street & Ben Thanh market

Peta arah dari Tan Long Thanh hotel ke pasar Ben Thanh. Jarak hanya 240m.

Malaysian Street
Pilihan hotel Thanh Long Tan kira cun, sebab berhampiran dengan Malaysian Street dan 240m ke pasar Ben Thanh. Dari hotel, belok ke Nguyen Ah Ninh street, jalan terus dan kita akan sampai ke pasar Ben Thanh. Berjalan kaki mengambil masa kurang 5 minit. Bila kita dengar orang kata ‘Malaysian Street’, ia bermaksud Nguyen Ah Ninh street lah tu. Camne boleh jadi Malaysian Street pun I tak tau. Pandai2 ada orang claim.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Nguyen Ah Ninh Street @ Malaysian Street tepi bangunan yang ada signboard Fujifilm tu. Permandangan dari hotel kami.

Malaysian Street pada pagi2 tiada apa special, tapi akan menjadi sesak waktu malam dengan adanya penjual2 di kaki lima. Sesetengah mereka bentang tikar dan jual. Tapi penjual2 ini bila pihak berkuasa datang, hi-hi, bye-bye. Siang hari kedai2 menjual keperluan Muslimah dan kedai2 lain menjalankan perniagaan seperti biasa. Jika menginap di beberapa hotel yang terdapat di Malaysian Street, ia akan memudahkan anda nak ke pasar Ben Thanh, kedai makanan Halal dan juga, pada waktu malam kuar aje hotel dah berada di night market Malaysian Street. Jika nak ambil city tour atau day tour, Bismillah Tours & Travel ada di situ.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Malaysian Street yang terdapat beberapa hotel , kedai makanan halal dan kedai menjual kain, tudung, bag Deuter, dll. Penhujung jalan, adalah pasar Ben Thanh

Pasar Ben Thanh
Dari Malaysian Street, kita akan masuk pintu utama (tengah) pasar Ben Thanh. Section sebelah kanan lah yang jadi tumpuan kerana gerai2 menjual pakaian terletak situ. Jika ke sebelah kiri, kita tempuh pasar kering dan penhujungnya, pasar basah di mana terdapat penjual ‘kerbau kaki pendek’ di situ. Jadi, you’ll find wet market, dry market & separuh dari bangunan pasar tu, gerai2 jual pakaian. Ada juga beberapa ATM machine bahagian dalam pintu masuk serta lokasi lain dalam bangunan. Jika perlu tukar duit, boleh buat demikian di antara dua kedai emas berhadapan pasar Ben Thanh.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Pintu utama pasar Ben Thanh.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Jom, kita menyeberang jalan masuk pasar Ben Thanh.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Permandangan bangunan2 moden Ho Chi Minh berhimpiran pasar Ben Thanh.

Dalam pasar Ben Thanh terdapat banyak gerai2 menjual pakaian dan juga kain, lace, bag, cenderahati, dsb. Konsep gerai2 ini serupa aked yang terdapat di Jalan Tuanku. Lorong antara gerai ini amat sempit. Bila berkumpul 4-5 orang, akan terjadi traffic jam di lorong itu. Amat tidak selesa untuk shopping di sini dengan anak2 kecil, apatah lagi takde air-cond. Pasar ni dibuka 7pg-7ptg dan seterusnya waktu malam, sesetangah gerai ini akan berniaga luar pekarangan pasar yang di kenali sebagai Ban Thanh night market.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Ini adalah laluan di tengah2 pasar Ben Than yang kira agak luas. Otherwise, lorong antara kedai2 amat sempit.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Gerai2 di tengah lebih kepada cenderahati.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Suasana bila lengang sket. No air-cond. Very humid & stuffy.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Buah-buahan yang di jual di dry market. Besar2 buah Vietnam ni dengan harga yang murah. Buah ciku besar penumbuk. Beli, jangan tak beli.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Groceries stall di dry market.

Malaysian Street & Pasar Ben Thanh

Pemandangan dari pasar Ben Thanh ke arah Malaysian Street. Kedua2 Mai Van & Ha Tam adalah kedai emas yang menyediakan khidmat penukaran duit.                                         Credit:Goolgle

Malaysian Street & Ben Thanh Night Market
Nama pun dah Night Market, jadi memang suasana pasar malam lah, semacam di Malaysia. Di Malaysian Street penjual berniaga di kaki lima sepanjang jalan dan di pasar Ben Thanh, gerai mengelilingi bangunan pasar. Barangan yang di jual di Malaysian Street lebih ke pakaian Muslimah manakala di Ben Than berbagai jenis untuk semua pelancong. Kedua2 tempat ini, menerima Ringgit Malaysia.

Malaysian Street halal shops

Kedai makanan Halal di Malaysian Street. Haji Idris, Hajah Basiroh & Haji Osman.

Malaysian Street halal shops

Satu lagi kedai Halal, Hj Man Sour.

Malaysian Street, HCH

Peniaga bukan saja di kaki lima tapi atas jalan. Don’t worry, malam kenderaan tak boleh masuk.

Malaysian Street, HCH

Lambakan tudung di kaki lima.

Malaysian Street, HCH

Nak try kopi Halal Vietnam pun boleh. Tapi kami cari yang penjual lelaki berkopiah.

Kebanyakan penjual Vietnam, mereka ni kasar. Customer service hampeh berbanding dengan penjual di Siam atau Manila. Usik barang jualan mereka lebih2 dan tak beli, mau kena marah. Harga jualan sesetengah tak masuk akal, you kena nego ⅓ the price. Quality pun quality pasar malam walaupun ada yang menjual quality yang baik. My conclusion, di sini beli pakaian untuk guna harian ok lah, bila kita banding quality dia dengan di Malaysia,  harga memang murah and we wonder why it’s expensive back home.

My Bad Experience
Di Ben Thanh night market, kami masuk satu gerai ni yang di jaga seorang wanita dalam lewat 40an. Saya tak usik baju dia hanya tunjuk dan tanya harga T-shirt Polo. Bila dia kata RM35, saya buat muka teperanjat. Terus dia marah dalam bahasa dia sambil menolak bahu kiri saya dengan kuat. Eh, terasa jugalah tolakan minah tu. Marah konon kita tak mampu atau kita nak minta kurang. Walhal gerai lain, belum tawar pun dah bagi RM25. BIADAP & KURANG AJAR. Rude & no manners.

Sepatutnya saya berlakon sakit dada dan collaspe baru dia panik kut. Padanlah gerai dia tiada orang masuk. So you guys & gals terutama Pakcik & Makcik, AWAS ya. It can happen to you. Tapi yang pelik, dengan Mat Saleh ramah pula layanan mereka. Penjual2 ni dah cam muka orang2 Malaysia dan pandang rendah pada kita. Walaubagaimana, ada segelintir yang melayan dengan baik. Visit Vietnam again? Maybe NOT Ho Chi Minh.

pasar malam Ben Than

Gerai2 pasar malam Ben Than.

pasar malam Ben Than

Sebahagian lagi gerai2 di pasar malam Ben Thanh.

Anyway, Ben Thanh atau Malayaian Street bukanlah tempat untuk memborong. Wife & adik2 nya pergi direct ke premis importer kain yang teletak 45 minit perjalanan dari hotel. Di sana mereka membeli secara borong pada harga wholesale. One of my SIL ni ada gerai menjual pakaian Muslimah. Dia punya purchases terbeliak mata kami sehingga penghantaran pulang kena guna khidmat shipping agent. Maklumlah, orang meniaga. Hanya tudung2, dia tompang baggage limit kami, itu pun penuh satu bag baru!

Kain2 di HCHKain2 di HCH
Kain2 di HCH
Kain2 di HCHKain2 di HCH
Kain2 di HCH

Antara tudung2 terkini.

Tan Son Nhat Int Airport, Ho Chi Minh

Januari 2019
Awal bulan Januari 2019, saya menemani isteri dan adik2 nya ke Ho Chi Minh. Actually saya tidak berapa minat nak ikut memandangakn 3 ladies pegi memborong, tak kan saya nak ikut sama? Ini bukan lawatan first time bagi isteri saya sebab dia pernah ke HCM dengan adik dia previously. Being a supportive husband kita ikut aje lah. Jadi, no itinerary untuk trip ni yang perlu saya buat. Otherwise, lawatan2 ke destinasi percutian, saya akan buat detailed itinerary yang kekadang mengambil masa 3-4 bulan untuk prepare. Kali ni, kita jadi follower aje.

(Regular readers to this blog, my apologies for this post being in my native language. This trip to Ho Chi Minh was unplanned, rather to accompany my wife and her siblings to do more serious shopping thus no itinerary needed to be drawn up by me. This time, I am just a follower but this post and a coming few, may offer some information to my local readers).

Tan Son Nhat International Airport

Kuar/masuk pesawat adalah mengguna aero-bridge.

Setiba di Tan Son Nhat Int Airport, Ho Chi Minh, saya agak surprise juga apabila mendapati airport HCM ni moden. Lantai airport pun berkilat. Process immigration cepat and in no time, kami sudah berada di baggage carousel  untuk claim bag-bag kami.

Flight MAS kami dari KUL ke SGN hanya 1 jam 55 minit. No wonder ramai rakyat Malaysia di HCM, memandangkan waktu penerbangan lebih singkat dari pulang ke kampong. Flight ke Kota Kinabalu pun lagi lama.

Tan Son Nhat Int Airport, Ho Chi Minh

Berjalan menuju ke imigresen. Airport yang moden, comparable to some mid-size European airport.

Tan Son Nhat Int Airport, Ho Chi Minh

Menunggu bag di baggage carousel.

Internet Connection
Memandangkan kami perlu internet connection untuk WhatsApp, Maps & Grab, berdasarkan experience wife sebelum ni, data only connection yang paling murah di tawarkan, adalah dari Vinaphone. Booth mereka ni paling kiri bila kita kuar dari arrival hall. Kami memilih pakej 5GB data menggunakan simcard 4G berharga VND100,000 (+/-RM17.50). Amat murah berbanding sewa pocket wifi dan 5GB lebih dari cukup untuk penggunaan 7 hari kami di sana. Signal reception pakej Vinaphone ni, sungguh stable and solid all the time. Recommended. Don’t be surprised, Vietnam bercadang untuk launch network 5G tak lama lagi, ahead of Malaysia ya. Ni berita yang saya dapati (01/19) dari siaran televisyen mereka.

Vinaphone, Tan Son Nhat International Airport

Counter Vinaphone sebelah kiri arrival hall exit.

Vinaphone, Tan Son Nhat International Airport

Pakej lain pun ada, tapi untuk kami, memadai 5GB untuk 7 hari.

Transportation ke bandar Ho Chi Minh
OK, dah sampai airport, camne nak ke downtown Ho chi Minh? Dari pembacaan blog2 mereka yang sudah ke HCM, avoid all taxi kecuali taxi2 dari syarikat Vinasun. Yang lain kebanyakan cekik darah atau penipu. Mula2 dah study cara nak naik shuttle bas, tapi bas-stop ke Ben Thanh di mana hotel kami berdekatan situ, agak jauh nak berjalan, walaupun Google Map kata 4 minit saja. Last2 kami decide naik Grab aje lah. Cost Grab VND87,000 (RM+/-15.40) termasuk tol. Kerana kesesakan jalan raya, perjalanan 8 km mengambil masa 45 minit.

Grab in Vietnam

Dapat naik Innova you. Passenger 2 orang aje pulak tu. Adik2 wife akan tiba flight VN petang nanti.

Vinasun taxi, Ho Chi Minh

Jika perlu naik taxi, make sure pilih yang dari Syarikat Vinasun.

Interior Tan Son Nhat International Airport.
Jika tak silap, renovation/extension airport ni siap pada 2016. Tak pernahlah saya jangkakan airport ni setaraf dengan airport2 moden negara lain. Yang pastinya, airport ni belum sesibuk airport negara2 lain, tapi facilities kira bagus. Boarding dan disembarkation adalah mengguna aero-bridge. Check-in counter pun banyak dan di sini saya rasakan layanan customer adalah lebih mesra dan lemah lembut. Otherwise, di kedai2 di Ben Thanh, sesetengah seller2 mereka agak kasar dan ada juga yang kurang ajar dan biadap melayan customers terutama pelawat Malaysia. Macam nak bergaduh pun ada.

 Tan Son Nhat International Airport

Check-in counters.

 Tan Son Nhat International Airport

Ni check-in counter khusus untuk Vietnam Airlines.

 Tan Son Nhat International Airport

View apron dari departure terminal.

 Tan Son Nhat International Airport

Kedai2 di dalam airport.

 Tan Son Nhat International Airport

Kedai2 style gerai pun ada.

 Tan Son Nhat International Airport

Departure Information board.

 Tan Son Nhat International Airport

Departure hall di penhujung airport bagi penerbangan MAS.

 Tan Son Nhat International Airport

Kerusi2 yang agak banyak di departure hall.

Kami fly business class yang mana perkhidmatan nya agak serupa yang telah kami dialami ketika ke Phuket. Review business class MAS short-haul ada di sini. Baggage allowance untuk bag ckeck-in ialah 40kg dan hand carry 7kg. Total 94kg untuk 2 passengers yang amat diperlukan bila bershopping.

MH750/759 business class

Cabin business class MAS B737-800

MH750/759 business class

Configuration 2X2 X 4. Total 16 business class seat aje.

MH750/759 business class

Lunch yang di hidangkan dengan penggunaan piring kaca, bukan plastik.